March 27, 2016

10 CARA HILANGKAN KOTORAN DAKWAT PADA PAKAIAN, KARPET DAN KULIT



1. Tepung Jagung - Untuk karpet

Dakwat di atas karpet? Campurkan tepung jagung bersama susu menjadi paste. Sapukan pada kotoran tersebut biarkan sehingga kering beberapa jam. Kemudian berus dan vakum!

2. Susu -Untuk pakaian bewarna



Hanya rendam pakaian terkena dakwat di dalam susu semalaman. Basuh seperti biasa selepas itu. Tips ini sesuai untuk pakaian bewarna.

3. Garam - Untuk dakwat yang masih basah

Campurkan garam ke atas kotoran dakwat yang masih basah. Perlahan-lahan tekan kawasan yang basah tersebut dengan kertas tisu. Tujuanna supaya tisu bole menyerap kebasahan. Gunakanlah beberapa helai ya.... Keluarkan kertas tisu tersebut dan berus keluar garam. Ulangi berkali-kali usehingga kotoran benar-benar keluar.

4. Cream of Tartar - Contengan pen pada pakaian

Krim of tartar merupakan bahan yang digunakan dalam membuat kek. Bahan nie boleh di dapati di pasaraya atau kedai yang menjual bahan-bahanmembuat kek. Jika ada kotoran pen di pakaian senang je. Campurkan 2 sudu teh cream of tartar bersama-sama 2 sudu teh jus lemon. Jadikan seperti paste, sapu pada kotoran. Biarkan selama 3-4 jam. Haaaa dah kering berus kotoran tersebut dan cuci pakaian seperti biasa!

5. Spray Rambut- Kotoran pen matabulat




Kesan kotoran pen matabola boleh di hapuskan dengan menyembur spray rambut pada kotoran....

6. Pencuci Pengilat Kuku- Pada kulit

Sekiranya kotoran dakwat pada kulit tidak dapat dihilangkan menggunakan sabun dan air, kemungkinan dakwat bukan daripada bahan larut air. Cuba gunakan pencuci pengilat kuku. Ambil kapas dan yang dibasahi oleh pencuci pengilat kuku ke atas kulit yang terkena dakwat.

7. Ubat gigi

Cara ini adakalanya berkesan dan ada kalanya tidak berkesan. Bergantung kepada jenis fabrik dan jenis dakwat. Caranya letakkan ubat gigi bukan gel (yang putih tu yer) pada kotoran dakwat dan sental fabrik tersebut. Bilas dengan air. Proses ini mungkin perlu dilakukan beberapa kali sehinggalah semua kesan dakwat boleh dihilangkan.

Nota: Ubat gigi juga boleh menghilangkan kesan kotoran gincu pada fabrik!


8. Butter -Permukaan plastik

Butter boleh digunakan untuk menghilangkan untuk menghapuskan kesan dakwat pada permukaan plastik seperti anak patung, mangkuk plastik dan sebagainya. Caranya sapukan butter pada kotoran dakwat, jemur ditengah panas selama beberapa hari.Akhir sekali cuci dengan sabun dan air.

9. Rubbing Alcohol - Kotoran pada pakaian


Rendamkan pakaian yang terkena kotoran dakwat dengan alkohol selama beberapa minit untuk menyingkirkan dakwat. Kemudian masukkan sahaja ke dalam mesin basuh anda bersama-sama pakaian lain!

10.Cuka - Kotoran pada pakaian

Rawat kotoran dakwat dengan membasahkan kawasan kotoran dengan cuka. Kemudian buat satu adunan tepung jagung dan cuka (2 bahagian cuka dan 3 bahagian tepung jagung). Sapukan adunan tersebut pada tempat kotoran dan biarkan sehingga kering sebelum basuh bersama-sama pakaian lain.


5 comments

Semua cara diatas tu boleh menanggalkan pakaian yg brwrna atau tdk???

Macam mne klau trkena pensel??

dakwat terkena permukaan getah.. ada cara utk. tanggalkan tak??

Sye punya baju terkena dakwat pen cair ,cara yg mana satu sye boleh guna

Kalau terkena pensel pula mcm mana ya?blh ka guna cra yg d atas ni?


EmoticonEmoticon