November 06, 2015

SUNTKAN HEPARIN SELEPAS BERSALIN

Satu ketika dahulu suntikan heparin akan diberiakan ke atas ibu-ibu yang melahirkan anak secara ceaserian.Suntikan heparin nie lebih berfungsi mengelakkan berlakunya darah beku (anticoagulation)

Agak mengejutkan bila Doktor memberitahu aku kena ambil suntikan nie selama 10 hari (2 kali sehari) kerana aku tergolong dalam golongan yang boleh mengalami darah beku selepas bersalin.

Menurut doktor yang merawat aku, pada masa kini suntikan ini memang dikuatkuasakan terhadap ibu-ibu yang berisiko. Antara mereka yang berisiko mengalami darah beku trombosis) adalah
1. Bersalin secara cesear
2. Melahirkan anak ke 3 ke atas
3. Umur yang lanjut

So aku jatuh dalam kategori 2 dan 3 la... melahirkan anak ke 5 dan berumur 37 tahun

Aku terpaksa mengambil 5000ml Heparin setiapkali injection. Untuk kes aku injection ini harus di ambil sebanyak dua kali sehari dan hanya staff nurse sahaja yang bole meng'inject'nya. Kalau jururawat masyarakat tak boleh... kalau nak tau beza antara staff nurse dan jururawat masyarakat, staff nurse tu stripe pd tudung atau topinya warna biru manakala jururawat masyarakat warna purple.. camtu la ceritanya. So tak kira hujan atau panas kenala mencari klinik/ hospital yang ada staff nurse nie sekali pukul 8 pagi dan sekali lagi pukul 8.00 malam...Jenuh .. but what to do serah je la lengan tu untuk dicucuk hari-hari selama 10 hari

Inila rupanya heparin yang Dr berikan sebelum discharge dari hospital... beberapa botol akan diberikan bergantung kepada dos yang harus di ambil. Sebotol bole digunakan beberapa kalu

Menurut Dr yang merawat tu lagi suntikan nie bole dibuat samada di lengan atau di perut.. tapi aku buat dilengan je... perut? mengerikan jerrrr.. Dan heparin nie ada 2 jenis pertama. yang ada unsur khinzir dan kedua, bebas khinzir. Yang ada nsur khinzir tu dos yang diperlukan sekali sahaja sehari manakala yang takde unsr khinzir perlu diambil 2 kali sehari... so the decision is yours.... Menurut Dr tu unsur khinzir adalah diharuskan dalam perubatan... kalau nak ambik no problem.. tapi pada aku takat beza 1 kali dan 2 kali takdela sampai aku terdesak memilih heparin yang ada unsur khinzir tu.

Kesan suntikan ini, kita mungkin akan mendapat ruam, kemerah-merahan di bawah kulit, lebam dan kegatalan pada tumit. Tapi Alhamdulillah takda sau simptom tu tak satupun berlaku pada aku

So... get ready kalau korang kena heparin injection bertabahlah :)

Adakah anda rasa tulisan ini berguna???
Tinggalkan komen di bawah :))

7 comments

Nurse kat hospital pun terkejut mula2 minta diorg tolong inject. Br dikuatkuasakan dlm setahun nie... apapun demi utk kebaikkan why not kan?

Tahun 2015.. baru diperkenalkan ramai yang tak familiar lagi ketika itu

Baru tahu yg cucuk Sehari tu ada unsur khinzir. Ada dgr dia kata Ngan thinzir nama ubat tu, rupa khinzir. Harini hari terakhir cucuk. Suka sgt rasa. Dos yg sy dapat agak tinggi seperti org lain DPT. Lebam woi lengan. 😓

Sejak tahun 2017, suntikan heparin ini hanya dikuatkuasakan untuk ibu yang menjalani kelahiran selepas ceaserian sahaja. Untuk ibu yang berumur dan melahirkan anak ke tiga dan ke atas tidak lagi dikenakan suntikan heparin ini.


EmoticonEmoticon