December 16, 2016

TIPS RESEPI DONUT KEKAL LEMBUT BIARPUN DISIMPAN DI DALAM PETI AIS



Banyak dah resepi donut yang telah aku cuba. Ada yang kena timbang bagai, ada yang kena tunggu yis kembang dalam air. Tapi bagi aku nie caranya yang setiap kali buat tak menghampakan... dalam 1 jam je dah boleh ngapppp. Yang penting lembut, mudah dan ekspress



Resepi ini menyebabkan donut kekal lembut walaupun dah semalaman disimpan dalam peti ais. Memang terbukti. Lepas hakak pakai resepi ni dah tak pandang dah resepi yang lain...


Bahan-bahan:

  1. 500gram tepung gandum
  2. 210ml air suam
  3. 2 sudu margerin
  4. 1 sudu teh garam
  5. 3 sudu besar susu pekat manis
  6. 1 sudu gula
  7. 1 biji telur
  8. 1 bungkus yis 11 gram, apa-apa jenama pun boleh
  9. sedikit ir sejuk dari peti sejuk (nie spare jer kalau adunan tak lembut korang gunalah air nie)
RESEPI RAHSIA DONUT KEKAL LEMBUT IALAH, 2 biji kentang saiz kecil / 1 biji kentang saiz besar direbus dan dilecek

Cara menyediakannya:
  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas termasuk kentang yang dilecek
  2. Gaul kesemua bahan-bahan tersebut sehingga rata
  3. Sedikit demi sedikit masukkan air suam ke dalam doh dan uli. Doh akan melekat-lekat pada tangan ya! SO janganlah korang panik ya!
  4. Uli adunan sehingga lembut jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uji lagi
  5. Lumurkan doh yang telah siap diuli dan tutup dengan kain. Biarka selama 15 minit.
  6. Doh sepatutnya dah mengembang 1.5-2 kali ganda selepas dibiarkan 15 minit
  7. Buang angin dalam doh dengan menumbuk-numbuk doh tersebut
  8. Bentukkan donut menjadi bulat-bulat seperti tayar (anda boleh bentukkan samaa secara freestyle atau juna acuan donut)
  9. Biarkan donut yang telah dibentuk 15 minit lagi
  10. Panaskan minyak dan goreng donut!! Gunakan api yang sederhana dan minyak yang banyak untuk hasil yang superb
  11. Untuk salutan pula... aku biasanya blend jer gula pasir tu. Lepastu masukkan dalam plastik. Masukkan satu-satu donut dalam plastik ada gula tu dan goncang-goncang. Cara ini salutan gula adalah lebih rata dan gula tidak bersepah di dapur anda!!
OK tu saja.. biasanya dengan cara ini donut bole siap dalam masa 1-1.5 jam sahaja.. Kalau ada lebihan, donut tu simpan saja dalam peti ais pastu esok korang goreng balik.. Donut masih lagi lembut.

SELAMAT MENCUBA

Kongsikan pengalaman anda jika anda telah cuba resepi ini.

Terima kasih
catatankumama










EmoticonEmoticon