November 06, 2015

TIPS MENANGANI SAKIT BERSALIN

Bagaimanakah sakitnya bersalin?

Ketika melahirkan anak pertama 10 tahun lalu di hospital Selayang.. aku bertemu dengan seorang kakak yang tengah buat check up. Masa tu aku tengah mengerang 2 kesakitan. Contraction semakin kuat dan kerap.

Kakak tu kata

"Sakit bersalin ialah sakit kedua tersakit selepas sakitnya mati"

Dalam mengerang2 tu aku pun terfikir.. memang logiklah kata kakak tu.. sakitnya memang tak boleh digambarkan.. semakin lama semakin kuat dan kerap dan sehingga saatnya ianya betul2 menggila... Sampai aku terfikir macammanalah seseorang ibu tu boleh menanggung kesakitan yang teramat sangat tu

Alhamdulillah aku berpengalamaman melaluinya sebanyak 5 kali dengan selamat dan "agak mudah" dengan erti kata lain taklah teruk sangat macam sesetangah orang yang kadangkala mengalami komplikasi dan sakit yang lama memakan masa berhari-hari.

Bagi ibu muda yang baru pertama kali ingin melahirkan... persiapkan diri dengan kekuatan minda.. Banyakkan membaca Alquran dan berzikir..


ya Al-Quran .. Al-Quran ... Al-Quran
Zikir... Zikir..Zikir

Sesungguhnya sakit bersalin tu sememangnya SAKITTT..

Fakta disebalik sakit bersalin

Secara umumnya sakit bersalin itu umpama sakit senggugut... tempat senggugut tu la tempat sakitnya nak bersalin kerana pengecutan (contraction) otot rahim berlaku pada haid dan bersalin. Bezanya masa haid hanya darah yang nak dikeluarkan dari sistem rahim... manakala waktu bersalin bayi yang nak dikeluarkan, jadi bayangkanlah berapa ratus kali gandakah kesakitan itu berbanding sakit senggugut.. hehe dapat bayangkan?

Mengapa bersalin amat menyakitkan?

Uterus merupakan otot yang akan mengecut. Pengecutan inilah yang mendorong keluarnya bayi daripada rahim. Kekuatan sakit ini bergantung kepada beberapa faktor seperti kekuatan pengecutan, saiz bayi dan kedudukan bayi di dalam pelvis samada ianya mengadap ke atas atau ke bawah.

Selain kekerapan ketegangan otot sepanjang abdomen dan sekitaran pelvik  anda juga akan merasakan tekanan  dibahagian tulang belakang, perineum, usus dan pundi kencing. Gabungan kesemua ini akan meningkatkan tahap kesakitan anda.

Selain itu  faktor seperti genetik pengalaman kehidupan terhadap ketahanan kesakitan, ketahanan menahan kesakitan juga memainkan peranan.   Ketakutan dan perasaan cemas samada positif atau negatif tentang cerita-cerita pengalaman bersalin  juga menyumbang kepada persepsi anda terhadap kesakitan.

 Tips menahan kesakitan semasa bersalin

Harus diingat sepanjang mengandung selain amalan bacaan al-quran dan zikir zikir, persiapan mental juga harus dipersiapkan untuk menangani sakit ketika bersalin.

Saya berikan 3 keyword disini

1. Sakit
2. Rahim mengecut
3. Baby keluar

Jika anda sedang berada di atas katil bersalin perkara yang anda harus beri kerjasama ialah KESAKITAN... ya tolong beri kerjasama dengan KESAKITAN. Set di dalam fikiran untuk berterima kasih kepada KESAKITAN kerana kesakitan itulah yang membantu bayi anda keluar... KESAKITAN akan datang on dan off. Jadi berdoalah agar KESAKITAN kerap datang dan bekerjasamalah dengan KESAKITAN itu kerana itulah masanya rahim anda MENGECUT untuk mengeluarkan bayi anda dengan kadar yang cepat. Lagi anda melayan kesakitan itu dengan meraung-raung makin lamalah sakit anda dan makin lama lagilah BAYI KELUAR..

Jadi please please bekerjasama dengan kesakitan kerana itulah yang menyebabkan RAHIM ANDA MENGECUT untuk membolehkan BAYI ANDA KELUAR.

Berkongsi pengalaman saya bersalin 5 kali dengan mudah. Saya mengalami 'jiran' katil sebelah yang juga tengah menunggu untuk bersalin... akhirnya saya dapat bersalin dengan cepat manakala mereka masih menjerit-jerit dan mengerang kesakitan.

Apa rahsianya?

Bila rasa sakit mild-mild makanlah banyak-banyak.... jangan tunggu sakit kuat nanti nak tengok makanan pun tak lalu.Tak kisah tu tanda palsu atau tidak, asalkan rasa sakit terus je makan... Kita tak tau bila tanda palsu bila tanda sebenar. Proses bersalin merupakan proses yang memerlukan tenaga yang sangat banyak

Bila sampai di bilik bersalin kita akan dengar orang lain yang nak bersalin ketika tu mengerang dan ada juga yang menjerit-jerit. Abaikan mereka. Jangan biarkan mereka mengganggu emosi kita. Teruskan berzikir...macam aku baca " Lailahailla anta inni kuntuminazzolimin "

Bila sakit mula kerap dan kuat bayangkan rahim anda yang ada baby di dalamnya tu... tengah mengecut berusaha mengeluarkan bayi anda.




Bisik perlahan-lahan, "TERIMA KASIH SAKIT.. KERANA ENGKAULAH BAYI AKU BOLEH KELUAR"... kalau anda perasan waktu sakit tu la anda ada rasa macam nak meneran. so apalagi teranlah dengan betul ( teran yang betul adalah teran macam nak berak). teran jangan berenti, curi nafas sikit dan teran secara berterusan.

SAYA ULANGI LAGI YA...

Sakit... bayangkan rahim mengecut... ucapkan terima kasih kepada sakit.... tarikkk nafas dalam-dalam teran dengan betul hingga bayi keluar.

Ikutilah beberapa panduan biasa seperti jangan angkat punggung dan jangan menjerit. ALHAMDULILLAH dengan teknik ini saya dapat memendekkan masa bersalin saya... di saat saya masuk labour room 'jiran' katil sebelah sedang mengerang-ngerang.. saya dah bersalin pun dia masih menerang-ngerang.

Lastly ucapkan terima kasih kepada jururawat yang mengendalikan anda kerana dialah yang membantu anda sepanjang proses kelahiran.

Kepada ibu-ibu yang menantikan kelahiran, terutama ibu-ibu yang belum ada pengalaman, saya doakan anda dipermudahkan melalui Proses Kelahiran ini. Semoga semuanya baik-baik dan anak sihat dan cergas.

Adakah catatan ini berguna untuk anda?
Tinggalkan komen di bawah

TERIMA KASIH
catatankumama






EmoticonEmoticon