Anak-anak aku suka makan donut so aku pun kena pastikan aku terror buat donut nie..
Yang aku pelik ada ketikanya donut aku gebu giler dan ada ketikanya donut aku keras.. Ni la tip-tipsnya.
Yis akan mati jika
1-bersentuhan dengan air yang terlampau panas atau sejuk
2- Bersentuhan secara langung dengan garam
Kalau yis mati donut pun tak boleh naik
Nie la resepi donut untuk dikongsikan bersama...
Bahan-bahan:
500gm tepung high protein
1 pket yis mauripan (11 gram)
2 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar shortening
1 sudu besar minyak masak
air suam2 secukupnya...
Cara membuatnya:
Gaul tepung + garam + gula + baking powder hingga sebati. dah sebati masukkan yis dan gaul lagi. masukkan air sikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh yg pejal (bukan lembik ya)..last sekali masukkan shortening dan uli lagi hingga lembut dan jadi doh yang sangat lembut dan tidak melekat di tangan..uli hingga doh licin..
Taburkan minyak masak kat doh hingga rata (jgn uli) dan perap dlm 10 minit. dah 10 minit tu uli doh biar dia sebati dgn minyak tu sampai jadi satu doh...then boleh la dibentukkan bentuk donut dan biarkan dia naik sekali ganda...kemudian goreng hingga kekuningan...
cuba lah...insyaAllah tak menghampakan...
Nak tau macammana nak pastikan donut kekal lembut walaupun telah disimpan di dalam peti ais?
klik sini
http://catatankumama.blogspot.my/2016/06/resepi-donut-lembut-mudah-dan-ekspress.html
June 15, 2011
KENAPA DONUT KERAS?
Artikel Terkait
- Roti jala memang kegemaran family aku. So ini adalah menu fevourate kalau nak buat ope
- Begedil kentang memang sedap jika dimakan dengan sup.. tapi makan degan nasi putih pun
- Banyak dah resepi donut yang telah aku cuba. Ada yang kena timbang bagai, ada yang ken
- Hari malas lebih banyak daripada hari rajin di dalam bab masak-memasak nie. So niela a
- Biasalah sempana bulan puasa, pastinya keinginan untuk mencuba pelbagai resepi baru menja
- KLUBAN merupakan menu popular orang jawa. Kalau orang melayu Kluban ni seakan-akan urap,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon