November 06, 2011

RESEPI ROTI JALA UNTUK SETENGAH KILO TEPUNG

Tags


Roti jala memang kegemaran family aku. So ini adalah menu fevourate kalau nak buat open house. Setengah kilo tepung gandum nie sesuai di makan oleh 6-7 orang dewasa

500g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
500 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
500 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala

Cara-cara

Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh.

Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.

Ketepikan adunan selama 20-30 minit.

Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.

Kacau dan isikan acuan roti jala sehingga tiga suku. Acuan yang sedikit menyebabkan roti jala yang jatuh memalui acuan menitik2 kerana tekanan tepung yang kurang

Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.

Roti jala tak perlu diterbalikkan. Bila anggaran macam nak masak lipat sedikit kiri dan kanan roti dan keluarkan ke dalam dulang dengan menggunakan senduk..

Ha.. di dalam dulang ni la roti jala baru digulung..

Selamat mencuba


EmoticonEmoticon