June 12, 2016

ANAK MUDAH SOLAT TANPA DI SURUH-SURUH



Saya kongsikan pengalaman saya tentang mendidik anak mudah solat atau dengan kata lain anak liat nak solat. Suruh lebih sepuluh kali barulah nak bergerak ambil wuduk. Rasanya penat lelah saya mendidik mereka mudah mendirikan  solat akhirnya berjaya. Percayalah dalam mendidik mereka 'cinta solat' bukan perkara yang mudah iyela orang dewasa pun ramai yang liattt nak solat apatah lagi kanak kanak kan. Banyak yang telah saya lakukan sehinggalah satu amalkan sesuatu ini yang betul-betul menyebabkan usaha saya train mereka bersolat atau dengan kata lain ada rasa 'cinta solat' akhirnya berjaya. Nanti saya kan ceritakan

Pada waktu saya menulis artikel ini saya mempunyai 5 orang anak berumur 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun, 3 tahun dah 7 bulan. Anak yang berumur 8 dan 10 tahun itu saya telah enforce mereka untuk mendirikan solat tanpa fail. Manakala anak yang berumur 6 tahun saya baru menjinak-jinakkanya  atau dengan kata lain masih on-off, bacaan solat pun on-off ada yang dia baca ada yang tidak. Kebanyakkanya hanya masih meniru gerakkan sahaja.

Sebenarnya seawal umur mereka 6 tahun saya telah mengajar dan membawa mereka bersolat. Setiap kali masuk waktu tak kira lewat atau awal saya akan pastikan mereka bersolat bersama-sama saya. Saya akan pastikan mereka berada sebaris atau berada dalam satu saf dengan saya bukannya saya di depan sebagai imam dan mereka di belakang sebagai makmum. Mengapa? pada ketika ini anak anak cenderung untuk bermain. Dengan berada di sebelah saya, saya akan memastikan meraka lebih serius dan bersolat dengan lebih disiplin. Bacaan solat juga agak sedikit kuat supaya mereka biasa mendengar dan boleh menghafal bacaan-bacaan tersebut

Bagaimanapun terdapat cabarannya; setiap kali solat saya umpama berperang dengan mereka. Macam-macam ragam dan kerenah perlu dihadapi sebelum semuanya dapat berdiri tegak sebaris saf dengan saya.

BAGAIMANA AKHIRNYA SAYA DAPT MELEMBUTKAN HATI MEREKA AGAR MUDAH BERSOLAT TANPA DISURUH-SURUH?

Ya saya hampir-hampir putus asa, stress bila menyuruh mereka bersolat. Satu hari saya mengambil doa surah Ibrahim yang telah saya print lama sudah. Kerap kali saya baca tapi saya tak hafal. Terdetik untuk menghafaz ayat tersebut jadi bolehlah saya baca di mana-mana saya berada dan bila-bila masa.

Selepas menghafal ayat tersebut saya baca di mana-mana bila teringat. Tengah masak, tgh drive, tgh ingat kat anak-anak.......

APA JADI SELEPAS ITU?

Anak saya terus pergi solat setiap kali disuruh dan the best part is KESANNYA dalam seminggu amalan ini dibuat..Ya SEMINGGU.. MAGIC BUKAN?
Doa mnta diri dan anak-anak rajin bersolat
Jadi para ibu-ibu diluar amalkankanlah doa ini. Mudah-mudahan mendapat kemudahan dariNya.

Amin

Anda rasa artikel ini menarik?
Sila tinggalkan komen :)


EmoticonEmoticon