November 06, 2011

RESEPI ROJAK MAMAK CITARASA MELAYU

Tags

Biasalah sempana bulan puasa, pastinya keinginan untuk mencuba pelbagai resepi baru menjadi-jadi. Segala resepi ramadhan akan saya kongsikan di sini.

Resepi Rojak Mama Ala Mamak
(Hidangan untuk 3-4 orang)

Untuk aku dan keluarga.. Bila Resepi ini dihidangkan , comfirm tak cari nasi dah.... memang mengenyangkan

Bahan untuk Rojak

1. 1 bungkus mee kuning
2. 1 biji timun di hiris halus
3. 3 ketui tauhu digoreng dan dihiris-hiris
4. Begedel yang dipotong-potong ( sila refer di bawah camne nak buat bergedel nie)
5. 5 biji telur rebus dipotong empat

Bahan untuk bergedel
250g tepung gandum
sedikit (dalam anggaran secubit) soda bikarbonat
sedikit serbuk yis (dalam anggaran satu camca kecil)
sedikit garam
sedikit gula
kentang yang dipotong memanjang.. macam bentuk fries tapi haluskan lagi
air

campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan pastikan adunan agak cair.. macam buat jemput-jemput 2 lempeng.. biarkan lebih kurang 20 minit untuk tepung tu kembang.. dan goreng

Bahan untuk kuah kacang

(Bahan A) Dua cawan kacang tanag digoreng dan dikisar halus
(Bahan B) 15 helai lada kering + bawang merah + bawang putih + lengkuas di kisar halus
Minyak
Air asam jawa
Gula sesedap rasa
Garam sesedap rasa

Tumis bahan A sehingga naik bau
Masukkan air asam jawa dalam amaun yang agak banyak..
Masukkan gula garam mengikut taste
Biarkan menggelegak..masukkan kacang dan biarkan lebih kurang 10 minit


EmoticonEmoticon