Aku ibu kepada 5 orang anak. Berat aku hanya 45 kg. Bayangkanlah inilah berat aku sejak aku berada di sekolah menengah.. sampai anak 5 nie. Masalah kesuburan rasanya tiada sebab dengan merancang betul-betul pun tup-tup dah 5 orang anak. Alhamdulillah kesihatan aku sihat walafiat.. Semoga dikekalkan kesihatan aku sehingga ke akhirnya.
Masa mengandung boleh dikatakan berat badan aku tak naik.. yang naik cumalah beban yang ada kat perut tu. Tangan, peha atau muka tiada perbezaan atau tanda-tanda gemuk pun. Berat asal aku 40 kg dan berat aku dikala sebelum melahirkan ialah 49kg.. aku lahirkan anak-anak semuanya disekitar 3.5 kg (besar tu) + bendalir amnion + uri.. tu je la yang menaikkan berat badan aku. Tiada lemak-lemak terbentuk di bawah kulit-kulit aku nie. Kenapa ya???
Aku bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik. Cuma kalau berat aku naik sikit mestilah cun aku nak pakai kebaya ke apa ke suami pun happy tengok aku yang agak 'seksi' sikit. hehe.. Macam-macam telah aku cuba seperti makan weigt gain, cheese,high protein food.. semuanya tak jalan.. sama je berat badan aku nie.. SUSAHNYA NAK NAIK WALAUPUN 100GRAM..
EmoticonEmoticon