December 16, 2010

Terkenang dolu-dolu

First job aku yang memenuhi kelulusan dan bidang aku ialah di sebuah Syarikat di Damansara Jaya. Kepada yang familiar ngan Damansara Jaya nie, kedudukannya terletak bersempadanan dengan Damansara Utama cuma di pisahkan dengan lebuhraya NKVE.

So masa aku keja kat Syarikat nie aku duduk di Taman Bukit Angkasa yang terletak di antara Pantai Dalam dan Kg. Kerinchi. Rumah aku kat blok 21 bersempadanan dengan RTM... Untuk ke tempat kerja aku terpaksa mengambil bas ke LRT Kerinchi. Dari Stesen LRT Kerinchi destinasi seterusnya ialah Stesen LRT Taman Jaya. Dari Stesen Taman Jaya naik bas lagi sampai ke Office. Office aku letaknya di kawasan Atria Shopping mall bersebelahan dengan Gamuda Berhad. Ermm hari-hari wish dapat kerja kat Gamuda tu..

Balik kerja pukul 5:30 petang .. kadang-kadang kena stayback gak tgk kepada dateline kerja. Lagi best kalau dapat pergi site sebab aku dapat kereta.. hehe. Bila busan tempat yang aku selalu layan blues ialah KL Central. Ada apa di KL Central... 1. Ada fast food tempat layan kelaparan, 2. Kedai majalah 3. Guardian/watson.

Satu hari aku mengambil keputusan untuk layan blues kat CM lak.. so dari Taman Jaya, aku terus ke Pasar seni.. kat situ aku layan kedai serbeneka dan kedai buku untuk disewa tu... Lepas sembahyang maghrib aku pun ambik LRT pulang ke Stesen Kerinchi.. Tiba-tiba terdengar satu suara orang lelaki...

" Heiiii.. what are you doing here?"
isk sapala tegur aku time aku nak layan blues nie.. aku tgk kat mamat tu.. Memang tak pernah nampak...

Akupun jawabla
"sorry.. wrong person"

Dia pun jawab balik
"opsss.. sorry.. of course you dont know me" cara cakapnya ngan slanga orgputih
" U keja kat Damansara jaya kan??"
"Your office next to Gamuda rite?"

Tergezut aku.. ditengah2 bandaraya KL aku ditegur oleh seorang mamat ensem yang tau background aku.. hehe.. glemer gak aku nih..

Tapi aku tak layan sgt sbb aku takut kena pukau.. so sepanjang perbualan tu aku tak pandang pun muka mamat tu..Rupernya dia perasan aku sebab aku selalu makan ngan orang cina kat kedai melayu lak tu.. so dia pelik la.. nak wat cmne? dalam office tu aku sorang je Melayu.. pastu diorang pun tak nak aku makan sorang2.. so terpaksala diorang ikut aku makan kat kedai Melayu.

Menerut mamat tu dia kerja dekat area tu gak kat law firm.. laweyer kot..dia dok kat Pantai Hill Park.. (Wah tempai orang kaya), so kami turun di stesen yang sama iaitu di stesen Kerinchi. Sekali lagi mamat tu offer aku naik keta dia sebeb satu jalan nak pegi umah dia...Aku tolak.. dia beria2 ajak.. atlast dia kata
"Okla I understand kalau you takut naik keta orang yang tak dikenali" tapi, I just offering you as your home is on my way home"

Last-last mamat tu pun berlalu ke Parking kereta dan aku pun Q macam nak rak tunggu bas sampai...


EmoticonEmoticon