July 12, 2023

HOW TO WHITEN CLOTH

 Whitening white clothes can become a challenging task due to stains and discoloration that may be difficult to remove. However, with the right approach and materials, it is possible to make those white clothes as bright as new. Here are 10 ways to whiten white clothes:


1. Use Bleach: Bleach is one of the most popular methods for whitening clothes. Using a ratio of ¼ cup bleach per gallon of water, soak clothes for 15-20 minutes. Then, rinse thoroughly with cold water.


2. Hydrogen Peroxide: Mix 1 cup of hydrogen peroxide in a gallon of water and soak the clothes for 30 minutes. Rinse thoroughly with cold water. 


3. Baking Soda: Add 1 cup of baking soda to the wash cycle, along with detergent. This easy method will help to whiten clothes and absorb odors.


4. White Vinegar: Add 1 cup of white vinegar to the wash cycle to help remove stains and whiten clothes.


5. Borax: Mix ½ cup of borax per gallon of water and soak clothes overnight. Rinse in cold water.


6. Lemon Juice: Add 1 cup of lemon juice to the wash cycle with detergent. The acidic nature of lemon juice will help to remove any stains and whiten the clothes.


7. OxiClean: Mix one scoop of OxiClean with water prior to soaking clothes overnight.


8. Sunlight: Hang clothes outside in the sun for the day, the UV rays of the sun will help to bleach and freshen the fabric.


9. Distilled Water: Washing clothes in distilled water will help to prevent any mineral buildup in the fabric that causes discoloration.


10. Detergent: Using a high-quality laundry detergent with enzymes will help to break down any tough stains and improve the whiteness of the clothes. 


When using any of the above methods, it is important to follow the instructions and safety guidelines that accompany each product. The chemicals used in these methods can be harsh and irritating to the skin if not handled properly. Choose the method that is best suited to you based on the stains and type of fabric involved. With these 10 methods, there is no need to worry about discolored or dingy white clothes anymore!

PENDAPATAN ADSENSE MELALUI BLOG 2023



Menjana pendpatan melalui blogspot sebenarnya masih relevant ya kawan-kawan. Bagi sesiapa yang sudah mempunyai blog yang dah bersawang, idea dan nak dicurahkan dan ianya bersifat 'evergreen" maka berbaloi juga untuk berblog.Manatau penulisan kita itu boleh mendapat manafaat untuk orang lain dan dalam masa yang sama kita boleh menjana pendapatan sampingan.

Gambar di atas adalah real income aku yang nak capai treshold USD100 untuk claim payment. Tujuan post ini di buat adalah menaikkan motivasi orang-orang seperti aku yang mempunyai akaun adsense dan blog yang dah bersawang dan ada sedikit masa untuk menulis so, jommllaa berblogging dan menjana pendapatan.


Pernah juga terfikir buat post sensasi seperti cerita artis dan gossip. Dan sebenarnya post sensasi ni memang impak traffic viewnya tinggi dan bila view tinggi, income pun ada naik sikit. Tapi bila fikirkan manafaatnya tiada maka aku terusknlah juga dengan post-post yang berfaedah dan memberi manafaat.  Sebenarya aku ada lebih 5 blog yang aktif, tapi 4 dah bersawang labah-labah jenis blackwidow.. hahaha


ok tu sajalah perkongsian ringkas aku. sesiapa nak jadi kawan aku untuk berblog dan menjana pendapatan adsense silalah komen di bawah.



March 13, 2019

CARA BUANG TUALA WANITA PALING VOGUE

Melupuskan tuala wanita terpakai sangat penting. Kerana selain meastikan darah tidak dilihat orang, ianya juga boleh menghindar dari masalah gangguan...

senang saja bahan bahannya ialah

1. Majalah terpakai, pisau dan soletip
Majalah ni akak dapat dari tong sampah je dek non.. daripada mengotorkan alam sekitar baiklah buat sesuatu yang bermanafaat.. betul tak? hihi melalut dah


2. Memula lipat dua helaian yang dipotong.. lebihkan sikit bahagian bawah



3. Lepastu lipat bahagian lebihan tu dan selotip.. tengok dalam gambar


3. Lipat bahagian bawah pulak dan selotip lagi...



4. Buat banyak-banyak. Simpan dalam handbag dan bilik air



5. Taraaaaa sedia boleh digunakan. Masukkan pad terpakai dan buang..



Senang kan? Jomlah cuba!!!

July 29, 2018

DILEMA NAK BEKERJA ATAU JAGA ANAK

HANTAR ANAK KECIL KE TASKA. FIKIRKAN INI DAHULU

Saya merupakan ibu kepada 6 orang anak. Sejak menamatkan pengajian saya di peringkat ijazah 18 tahun lalu. Bekerja sehingga umur pencen merupakan time line yang telah saya rencanakan sejak saya kecil lagi. Selepas menamatkan pengajian saya bekerja setara dengan kelulusan yang saya ada. Saya seorang yang indipendent sehinggakan pekerjaan paling lama saya pernah bekerja ialah di sebuah syarikat yang merupakan satu-satunya orang melayu.

Setahun selepas berkahwin, saya melahirkan anak yang pertama. Ketika itu jiwa menjadi goyah samada meneruskan pekerjaan ataupun menjaga anak. Saya masih boleh bertahan kerana saya menghantar anak ke saudara terdekat.

Sehingga saya mengandungkan anak kedua dan suami ditawarkan bekerja ke negeri lain. Menjadi rutin menjemput anak setiap petang. Hati mula terusik tak dapat dibayangkan keterujaan wajah anak tatkala saya menjemputnya waktu petang. Seolah sepanjang harinya disana amat tidak seronok.

Saya tidak bekerja selepas melahirkan anak kedua dan mengikut suami saya. Perasaan keterujaan untuk bekerja sentiasa membara di hati saya bukan kerana gaji semata-mata, malahan social life, mempunyai kawan dan menjadi profesional yang berjaya.

Namun, apa gunanya jika saya bekerja dengan riang mempunyai kawan untuk bekerjasama atau bergosip padahal anak saya ditinggalkan bersama pengasuh. Saya pernah melawat sebuah taska. Seperti yang sedia maklum taska kebanyakkannya dibuat di kawasan perumahan. Untuk bayi di bawah 1 tahun biasanya 1 pengasuh akan menjaga 2-3 orang bayi. Mereka ditempatkan di dalam bilik yang mempunyai buaian dan biasanya bilik ini bergelap untuk menyediakan kondisi yang 'best' untuk baby tidur. Pengasuh ini jarang membawa bayi ke ruang tamu kerana ruang tamu menempatkan kanak-kanak yang lebih besar, lebih lasak dan lebih bising.

Bayangkan menjaga satu bayi semasa pantang pun banyak ragamnya. Ni kan 3 orang sekali gus. Ya kerja bayi ialah tidur dan nangis. Kita tak bole predict bila masa tidur dan bila masa nangis. Bayangkanlah kalau kita ada kembar tiga dan tiga-tiga tu nangis serentak. Mahu meroyan! Kalau anak sendiri mungkin ok tapi menjaga anak orang dengan upah yang cukup-cukup makan saja tentu saja mengundang rasa geram.

Saya pernah menyarankan sebuah taska supaya satu pengasuh menjaga 2 bayi dan 5 kanak-kanak. Iyelah bayi ni kalau dah trigger tak boleh nak delay berbanding kanak-kanak. so pengasuh takdela pressure mengalami semua bayi meragam!

Saya juga ada menyarankan supaya taska buat orientasi untuk tiga hari pertama mak duduk taska pagi sampai petang. Supaya anak bole adapt tempat baru. Ibu pun rasa selamat dan tau ewnvironmen tempat tinggal anak yang nak ditinggalkan selama 9 jam.

Berbalik kepada cerita saya, bila down penat menjaga anak-anak saya mula hantar resume. Tapi tiap kali memikirkan nasib anak saya yang dijaga dalam bilik gelap dan environment yang tidak selesa saya batalkan sahaja niat menghadiri interview.

Cemburu melihat raaaamaaaiii kawan-kawan seperjuangan telah berjaya. Malah ada beberapa telah mencapai kejayaan diperingkat antarabangsa dan ada juga telah menjadi jutawan. Tentu saja mereka menyerahkan pengasuh untuk menjaga anak-anak. Kental sungguh jiwa mereka!

Bagi saya sebanyak manapun saya fikir untuk bekerjaya, akhirkan akan berbalik kepada diri sendiri "saya harus jaga anak sendiri"

Suami berkemampuan? tidak juga kalau dikirakan expenses saya bekerja dulu dia tidak akan mampu!! So mahu tak mahu mesti hidup dalam seminimum yang mungkin . Kalau dulu face cleanser berharga RM80 tapi tukar yang RM8. Berlapang dadalah.

Dan sekarang dengan anak 6, saya puas membesarkan anak dengan tangan sendiri. Saya kehilangan kerjaya yang amat saya sayangi, social life, shopping life, travelling life, monthly income.. dalam tempoh yang panjang.. Insyaallah ada rezeki besar buat saya dan keluarga dalam masa terdekat yang tak disangka-sangka.

Ini adalah perjalanan saya yang panjang. Mungkin ada yang berbeza pendapat dengan saya its ok. lifeline saya takkan sama dengan orang lain dan begitu juga sebaliknya.

#coretanpanjang
#babytido
#sabardandoa senjata orang mukmin

July 26, 2018

6 CARA MENGIKAT TALI LEHER

Tahukah anda bukan ada satu cara sahaja tau untuk mengikat tali leher!

Nah saya sertakan 6 cara mengikat tali leher ada yang mudah dan ada yang berbelit-belit. Sebenarnya lebih complicated cara ikatan tali leher lagi perfect hasilnya.

Mari belajar!







June 19, 2018

Wallpaper murah

Korean wallpaper
sticker tak perlu gam
hanya buka sticker dan lekat!
45cm lebar dan 10m panjang
Material pvc yang kalis air dan minyak
Tahan 3-5 tahun

Harga

RM38 (Pos Domestik)
RM45 (Poslaju)

Hubungi

www.wasap.my/0126030878

jom cuci mata 😀























May 21, 2018

KESAN BERPUASA KEPADA IBU YANG MENYUSUKAN

Menurut islam, ibu yang hamil dan menyusukan diberi kelonggaran untuk tidak melakukan ibadah puasa jika dirasakan tahap kesihatannya tidak cukup baik untuk bayi dalam kndungannya atau amaun susu yang akan dihasilkannya. Namun setiap bilangan hari puasa yang tertinggal harus digantikan dengan puasa gantian ataupun dengan cara membayar fidyah.

Bagaimana berpuasa boleh memberi kesan terhadap kualiti air susu?

 Terdapat beberapa kajian menunjukkan berpuasa dalam tempoh yang singkat tidak akan menjejaskan kuantiti air susu. Berpuasa juga tidak menjejaskan kualiti dan nutrien yang terdapat di dalam air susu sehingga pada tahap tertentu. Bagamanapun kekurangan air susu akan terjadi sekiranya pengambilan air minum tidak mencukupi.

Beberapa kajian juga menunjukkan beberapa perubahan biokimia akan berlaku ke dalam air susu pada ibu-ibu yang berpuasa melebihi 24 jam. Bagi tempoh berpuasa yang singkat seperti yang dilakukan oleh ibadah berpuasa orang islam, tiada perubahan biokimia akan berlaku dalam air susu.
Sebenarnya seseorang wanita yang menyusukan, penyesuaian proses motabolik pada tubuh si ibu secara semulajadinya akan berlaku ketika berpuasa.

Satu lagi kajian yang dilakukan pada 2006 terhadap ibu dan bayi berusia 2-6 bulan semasa Ramadhan (5:00pagi - 7:30petang) menunjukkan pertumbuhan bayi dan kandungan makronutrien dalam susu tidak terjejas. Bagaimanapun tahap nutrien tertentu seperti zink, magnesium dan potassium akan terjejas. Sebab itulah wanita yang menyusukan diberikan kelonggaran untuk tidak melakukan ibadah berpuasa ini.

Bagaimana nak mengetahui susu untuk anak mencukupi semasa ibu berpuasa?




Terdapat beberapa petanda bahawa ibu mengalami kekurangan bekalan susu untuk anaknya. Ianya ditunjukkan dengan tanda kekurangan air (dehidrasi) kekurangan air
1) Ibu merasa terlampau haus
2) Air kencing ibu bewarna kuning
3) Ibu merasa pening atau tidak sihat

Jika tanda-tanda seperti di atas berlaku, para ibu haruslah mengambil air masak yang  banyak dari selepas berbuka sehinggalah bersahur. Ketika bersahur pula dianjurkan mengambil makanan dari kategori makanan yang menyimpan air seperti buah-buahan, chia seed dan sayur-sayuran. Pengurangan makanan masin juga membantu mengurangkan kadar kehilangan air sepanjang tempoh berpuasa.

Bagaimanapun hal ini bergantungkepada ibu juga. Terdapat ibu yang meraskan penghasilan air susunya agak sedikit ketika berpuasa. Bayi menunjukkan tanda lapar sepeti kerap menangis. Maka jika keadaan ini berlaku ibu haruslah bertindak agar tidak berpuasa.

Terutama bagi bayi yang di bawah umur 6 bulan, dan bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, semua tanda-tanda kekurangan susu ini harus diambil perhatian.

Harus diingat ibu yang mengalami masalah metabolisma gula seperti diebetis dan hypoglycemia seharusnya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana tindakkan berpuasa agak berisiko untuk ibu-ibu ini.