July 29, 2018

DILEMA NAK BEKERJA ATAU JAGA ANAK

Tags

HANTAR ANAK KECIL KE TASKA. FIKIRKAN INI DAHULU

Saya merupakan ibu kepada 6 orang anak. Sejak menamatkan pengajian saya di peringkat ijazah 18 tahun lalu. Bekerja sehingga umur pencen merupakan time line yang telah saya rencanakan sejak saya kecil lagi. Selepas menamatkan pengajian saya bekerja setara dengan kelulusan yang saya ada. Saya seorang yang indipendent sehinggakan pekerjaan paling lama saya pernah bekerja ialah di sebuah syarikat yang merupakan satu-satunya orang melayu.

Setahun selepas berkahwin, saya melahirkan anak yang pertama. Ketika itu jiwa menjadi goyah samada meneruskan pekerjaan ataupun menjaga anak. Saya masih boleh bertahan kerana saya menghantar anak ke saudara terdekat.

Sehingga saya mengandungkan anak kedua dan suami ditawarkan bekerja ke negeri lain. Menjadi rutin menjemput anak setiap petang. Hati mula terusik tak dapat dibayangkan keterujaan wajah anak tatkala saya menjemputnya waktu petang. Seolah sepanjang harinya disana amat tidak seronok.

Saya tidak bekerja selepas melahirkan anak kedua dan mengikut suami saya. Perasaan keterujaan untuk bekerja sentiasa membara di hati saya bukan kerana gaji semata-mata, malahan social life, mempunyai kawan dan menjadi profesional yang berjaya.

Namun, apa gunanya jika saya bekerja dengan riang mempunyai kawan untuk bekerjasama atau bergosip padahal anak saya ditinggalkan bersama pengasuh. Saya pernah melawat sebuah taska. Seperti yang sedia maklum taska kebanyakkannya dibuat di kawasan perumahan. Untuk bayi di bawah 1 tahun biasanya 1 pengasuh akan menjaga 2-3 orang bayi. Mereka ditempatkan di dalam bilik yang mempunyai buaian dan biasanya bilik ini bergelap untuk menyediakan kondisi yang 'best' untuk baby tidur. Pengasuh ini jarang membawa bayi ke ruang tamu kerana ruang tamu menempatkan kanak-kanak yang lebih besar, lebih lasak dan lebih bising.

Bayangkan menjaga satu bayi semasa pantang pun banyak ragamnya. Ni kan 3 orang sekali gus. Ya kerja bayi ialah tidur dan nangis. Kita tak bole predict bila masa tidur dan bila masa nangis. Bayangkanlah kalau kita ada kembar tiga dan tiga-tiga tu nangis serentak. Mahu meroyan! Kalau anak sendiri mungkin ok tapi menjaga anak orang dengan upah yang cukup-cukup makan saja tentu saja mengundang rasa geram.

Saya pernah menyarankan sebuah taska supaya satu pengasuh menjaga 2 bayi dan 5 kanak-kanak. Iyelah bayi ni kalau dah trigger tak boleh nak delay berbanding kanak-kanak. so pengasuh takdela pressure mengalami semua bayi meragam!

Saya juga ada menyarankan supaya taska buat orientasi untuk tiga hari pertama mak duduk taska pagi sampai petang. Supaya anak bole adapt tempat baru. Ibu pun rasa selamat dan tau ewnvironmen tempat tinggal anak yang nak ditinggalkan selama 9 jam.

Berbalik kepada cerita saya, bila down penat menjaga anak-anak saya mula hantar resume. Tapi tiap kali memikirkan nasib anak saya yang dijaga dalam bilik gelap dan environment yang tidak selesa saya batalkan sahaja niat menghadiri interview.

Cemburu melihat raaaamaaaiii kawan-kawan seperjuangan telah berjaya. Malah ada beberapa telah mencapai kejayaan diperingkat antarabangsa dan ada juga telah menjadi jutawan. Tentu saja mereka menyerahkan pengasuh untuk menjaga anak-anak. Kental sungguh jiwa mereka!

Bagi saya sebanyak manapun saya fikir untuk bekerjaya, akhirkan akan berbalik kepada diri sendiri "saya harus jaga anak sendiri"

Suami berkemampuan? tidak juga kalau dikirakan expenses saya bekerja dulu dia tidak akan mampu!! So mahu tak mahu mesti hidup dalam seminimum yang mungkin . Kalau dulu face cleanser berharga RM80 tapi tukar yang RM8. Berlapang dadalah.

Dan sekarang dengan anak 6, saya puas membesarkan anak dengan tangan sendiri. Saya kehilangan kerjaya yang amat saya sayangi, social life, shopping life, travelling life, monthly income.. dalam tempoh yang panjang.. Insyaallah ada rezeki besar buat saya dan keluarga dalam masa terdekat yang tak disangka-sangka.

Ini adalah perjalanan saya yang panjang. Mungkin ada yang berbeza pendapat dengan saya its ok. lifeline saya takkan sama dengan orang lain dan begitu juga sebaliknya.

#coretanpanjang
#babytido
#sabardandoa senjata orang mukmin


EmoticonEmoticon