Hypnobirthing adalah satu kaedah memastikan minda berada di bawah sedar yang digunakan semasa proses melahirkan anak atau bersalin bagi tujuan
- Memberikan ketenangan
- Megurangkan kesakitan
Hypnobirthing merangkumi tindakan yang harus dilakukan semasa sakit kontraksi berlaku termasuklah
- Cara pernafasan
- Melonggarkan otot-otot badan
- Gambaran fikiran
- Latihan meditasi
Setelah mentelaah pelbagai pendapat dan teknik hypnobirthing yang aku adapt dari pelbagai sifu, aku blend lagi dengan bagaimana otak bekerja oleh dr. Rizal (pakar otak) dan study case tentang imej-imej aktiviti otak semasa berfikiran tenang dan stress. Aku akan terangkan bagaimana aku buat LATIHAN HPNOBIRTHING.
Tak perlu aku terangkan tentang kerja-kerja bahagian otak dan dan bagaimana mengawal bahagian-bahagian otak tersebut.
Ok daripada segala ilmu yang aku baca, beginilah LATIHAN HYPNOBIRTHING CARA AKU
Baca baik-baik
1. Bermula kandungan 8 bulan bolehlah mula buat latihan pernafasan
2. Buat 5-10 minit sehari (1-2 kali sehari pun dah OK)
3. Cari masa, tempat dan pososi paling selesa... jika tutup mata lebih selesa. silakan
4. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan pernafasan melalui mulut... tumpukan perhatian hanya pada pergerakkan turun naik dada
5. Ulangi sehingga anda hanya merasakan diri anda dan turun naik dada sahaja. Itu tandanya anda sudah rasa tenang... selagi tak tenang atau masih teringat perkara-perkara lain maknanya anda kena teruskan sehingga lupa semuanya
6. Selepas itu cari frasa ringkas seperti
"kontraksi tak sakit"
"mudah melahirkan"
"bayiku keluar mudah"
"bayiku keluar tak sakit"
"Allah bantu aku"
Macam aku frasa yang aku gunakan agak panjang
iaitu
" LANTAK KO LA SAKIT ASALKAN BABY CEPAT KELUAR"
7. Ulang-ulang sehingga lebih kurang 5 minit
DONE teknik pernafasan anda....
Teknik pernafasan ini juga boleh diulangi dengan cara menarik nafas panjang dan memasuki udara memenuhi perut, kemudian lepas perlahan-lahan melalui rongga tekak... Bagaimanapun teknik ini tak membuatkan aku tenang... terpulang pada individu..
SOALAN: Bila pula nak guna teknik nie?
Bila datang kontraksi datang bermula dari fasa mild-mild tu sehingga Kontraksi semakin kuat dan kerap Ulang...ulang dan ulang
Bila Kontraksi semakin kuat dan kerap tu tandanya bukaan pintu rahim sudah bersedia untuk mengeluarkan bayi atau dengan kata lain bukaannya biasanya telah mencapai 8-10cm.
SOALAN: Bila pula nak stop tenik nie
dan bila anda sudah rasa nak meneran... tarik nafas panjang-panjang dan teranlah kuat-kuat.. time nie perjuangan anda telah berada dipenghujungnya...
Nampak tak betapa banyaknya tenaga yang telah anda jimatkan?
Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan saya doakan agar proses melahirkan anda dipermudahkan, dipendekkkan dan sihat ibu dan bayi.
EmoticonEmoticon