January 15, 2017

RESEPI KLUBAN DAUN PEGAGA

KLUBAN merupakan menu popular orang jawa. Kalau orang melayu Kluban ni seakan-akan urap, tapi agak sedikit berbeza kerana urap kebanyakkannya disediakan mentah manakala Kluban perlu digoreng. Saya kerap masak menu ini terutama untuk makan tengahari kerana selain rasanya yang sedap ianya boleh juga menjadi penawar kepada pelbagai masalah kesihatan.
 
kali ini catatankumama ingin berkongsi resepi Kluban yang menggunakan daun pegaga dan daun kencur sebagai bahan utamanya. Kedua-dua bahan ini amat baik untuk kesihatan ya. Di sini saya kongsikan manafaat kedua-dua bahan ini


MANAFAAT DAUN PEGAGA
Dalam rawatan perubatan secara tradisional, pegaga dipercayai boleh membantu masalah seperti

  •  Penawar luka dan ulser kulit
  • Penyakit kusta
  • Melambatkan kulit berkedut
  • Menyembuhkan demam
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Merawat pitam
  • Rawatan selepas bersalin
  • Merawat sakit Alzaimer atau nyanuk
  • Mengawal rambut gugur
  • Menyihatkan kulit
  • BAIK UNTUK KENCING MANIS
  • Kecutkan peranakkan
  • Penawar kegatalan pada vagina
  • Hilangkan BINTIK-BINTIK HITAM DI MUKA
  • PENAWAR SAKIT DARAH TINGGI
  •  
MANAFAAT DAUN CEKUR/KENCUR
  •  Menurunkan kolestrol dalam darah
  • Mengandungi ANTIOKSIDAN baik untuk mencegah pelbagai jenis penyakit
  • Meningkatkan selera makan
  • Melangsingkan badan
  • Mengurangkan masalah sendi
  • Melegakan batuk dan selsema
  • Mengatasi maslah kembung
  • Membersihkan darah kotor
  • Mengatasi masalah cirit birit
  • Mengatasi masalah batu karang
  • Dari segi kecantikkan pula kencur sangat bagus untuk merawat JERAWAT
  •  
BAHAN BAHAN MENBUAT KERABU PEGAGA DAN KENCUR
 
Secekak daun pegaga dihiris halus
5 helai daun kencur bersama-sama akarnya dihiris halus
sebiji kelapa
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3-5 biji cili
sedikit ikan bilis
Seecubit garam

Cara-cara membuatnya:

Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili dan kelapa. Tumis bahan bahan yang ditumbuk ini denga 2 sudu minyak. Tunggu sehingga naik bau masukkan daun pegaga dan daun kencur yang dihiris halus tadi.. Masukkan sedikit garam. Tunggu sehingga dau  layu dan boleh diangkat.

SELAMAT MENCUBA

Jika anda berpengalaman mengikut resepi ini, sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen

TERIMA KASIH
catatankumama















tun




















 






EmoticonEmoticon