Apa aku nak update post nie..rasa kenyang selepas makan sebungkus mee maggi
Aku nak tulis cerita tentang keburukkan mee segera nie nih. Banyak keburukkan mee segera yang perlu di ambil perhatian.
MSG merupakan salah satu kandungan di dalam perencah mee segera. Kandungan MSG atau Monosodium Glutamate merupakan bahan tambah kimia yang digunakan sebagai penambah rasa (flavor enhancer). MSG boleh mengakibatkan kegagalan neorologi seperti Alzaimer(nyanyuk) dan Parkinson. Bukan itu sahaja, MSG juga merupakan penyumbang kepada kerosakkan sel-sel otak, alergi, ruam, serangan asma, pening kepala dan paling menakutkan ketumbuhan otak.
Tanpa disedari MSG sebenarkan terdapat di di dalam makanan diproses seperti daging sejuk beku, makanan yang ditinkan, ikan sejuk beku, sayur-sayuran awet, kicap, sos, moyonis, sosej, makanan ringan, keju yang diproses, serbuk sup dan mee segera.
Tu baru saja cerita tentang perencah.. bagaimana pula tentang mee??? Mee segera sebenarnya dilapisi oleh bahan berlilin. Badan kita mengambil masa 4-5 hari untuk menguraikan dan membebaskan lilin ini dari badan. Bagaimanapun, kita boleh mengelakkan dari termakan lilin ini jika mee segera dimasak dengan cara yang betul.
Bagaimanakah caranya untuk memasak mee maggi dengan betul???
- Rebus mee di dalam air
- Apabila mee lembut/ kembang toskan airnya
- Kemudian barulah maggi ini di masak mengikut kaedah biasa. Kalau boleh gunakan ramuan sendiri, elakkan guna perencah/ rempah segera itu.
So nasihat untuk diri aku dan kawan-kawan.. kurangkan pengambilan makanan segera
December 11, 2010
Jangan makan mee segera selalu
✔
Mama Mfasna
Diterbitkan 4:25 AM
Tags
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon