Deretan kedai di serikin
Kuching Adalah destinasi peLancongan aku sekeluarga tahun 2010. So selain tempat melawat pastinya nak shoppng kan? Ok selain main bazar kat tebingan sungai Kuching ada satu lagi tempat membeli belah yang tak boleh dilepaskan jika berkunjung ke Kuching. Itulah SERIKIN.
Serikin terletak di daerah Bau, kira-kira 40 minit perjalanan daripada bandar Kuching. Dikatakan pelbagai barangan kraftangan, dan keperluan harian termasuk tikar, pinggan mangkuk, langsir perabut daripada Indonesia dijual dengan kadar yang amat murah. Kedudukannya pula terletak disempadan Kalimantan.
So dengan semangat yang berkobar-kobar aku pun pergilah menuju ke tempat yang dinamakan Serikin nie. Tiada penunjuk arah untuk kesana, jadi kami berentilah beberapa kali bertanyakan orang tempatan jalan menuju ke Serikin nie.
Sampai di Sana.. semuanya kosong.. tak kurang daripada 500 gerai kayu yang kosong dikiri-kanan jalan di Serikin nie. Serikin bukanlah bandar kerana tiada kedai langsung terdapat disitu. Yang ada sebuah kedai runcit bertaraf kampung 'ulu tembeling' kat sana. So diwaktu aku sampai keadaan meriah yang aku bayang-bayangkan ternyata meleset.
Rupa-rupanya serikin hanya dibuka pada hari Ahad.. kenapalah tiada siapa yang bagitau kami walhal orang tempatan yang kami tanya jalan ... cettt...
Ingat .. sekirin anya dibuka pada hari Ahad..
November 17, 2010
Serikin oh Serikin
✔
Mama Mfasna
Diterbitkan 12:25 AM
Tags
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon