Masa raya lepas berita paling hangat ialah tentang kes pembunuhan sosilawati. Alahai kesian pada arwah dan ahli keluarganya yang terpaksa menghadapi dugaan ini. Moga kuburnya diterangi dan dijauhkan dari siksaan kubur.. Al-Fatihah.
Tapi apa yang aku nak cerita kat sini ialah tentang latar belakang Arwah Sosilawati nie. Dia berasal dari Sri Medan Batu Pahat, Johor. Dekat dengan kampung nyai dan atuk aku.So rupanya ramaila sedara mara aku yang kenal arwah dan keluarganya. Makcik aku pernah sama-sama kerja kilang sebagai operator pengeluaran dan sorang lagi pakcik aku pernah jaga kebun durian bapanya.
Mengikut ceritanya Arwah dan keluarganya adalah orang yang tidak sombong. Di kawasan kampung itu jika ada saja orang ingin membeli tanah, pasti akan di beli oleh beliau.. demi menyelamatkan daripada jatuh ketangan bangsa lain.
Mengenai perniagaan kosmetiknya pula, beliau bermula apabila berkahwin dengan seorang 'datuk'. Selepas bercerai beliau meluaskan lagi empayar perniagaanya. Apa yang aku nak tekankan kat sini beliau menubuhkan syarikat tu bukan disebabkan oleh bekas suaminya yang kaya itu semata-mata. Tapi beliau sendiri seorang yang berani tabah dan akhirnya kini telah berjaya menempuhi rintangan perniagaan sehingga bergelar jutawan.Dan bila bergelar jutawan ramailah yang dengki khianat sehingga akhirnya beliau dibunuh dengan kejam..
Semoga yang bersalah mendapat hukuman yang setimpal...
October 18, 2010
Alahai Sosilawati
✔
Mama Mfasna
Diterbitkan 10:22 AM
Tags
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon