March 07, 2018

PANDUAN MENJANA PENDAPATAN MELALUI ADSENSE

Pendapatan melalui adsense merupakan salah satu cara menjana pendapatan yang agak lumayan. Syaratnya anda harus tekun dalam penulisan. Pendapatan adsense diperolehi dalam wang USD! jadi bila kita tukar kepada Ringgit Malaysia tentulah banyakk kan?



Saya tidak gemar menjual barang. Tapi saya sangat gemarkan menulis. Nah! inilah caranya untuk anda menjana pendapatan adsense saya!

APA ITU GOOGLE ADSENSE?

Google adsense ialah satu program yang membantu anda mendapat pendapatan tambahan melalui blog anda. Biasanya iklan google adsense akan disesuaikan oleh isi kandungan blog kita. Jika blog kita menerangkan tentang fesyen maka kebanyakkan iklan yang terpapar juga mengenai fesyen juga!

ADAKAH IKLAN GOOGLE ADSENSE PERCUMA?

Ya! Iklan google adsense adalah 100 peratus percuma

ADAKAH BLOG BERBAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KHIDMAT GOOGLE ADSENSE?

Ya boleh! Berjuta-juta orang di seluruh dunia termasuk di Malaysia telah menikmati pendapatan adsense.

BERAPA PENDAPATAN YANG BOLEH DIDAPATI MELALUI GOOGLE ADSENSE?

Pendapatan adsense bergantung kepada beberapa faktor seperti bilangan pengunjung, isi blog dan kesesuaian iklan serta pendapatan perklik. Biasanya google akan membayar di sekitar USD0.01 -USD10...Jika anda tau cara-caranya

Langkah-langkah untuk pemula

1) Buat laman web

Jika anda berkemampuan buatlah laman web yang berbayar. Anda bebas untuk memilih nama yang digemari dan server yang disediakan agak besar. Ini memudahkan lebih ramai pelayar memasuki web anda tanpa menyebabkan blog anda crash!

Jika anda tidak mampu, daftarlah di blogger.com. Ia menyediakan laman web percuma cuma servernya agak kecil dan memakan masa untuk membukanya jika ramai pelayar ingin melawat web anda dalam satu masa.

2. Daftar di adsense

Semasa anda mendaftar adsense, anda dikehendaki mendaftar alamat blog anda. Jika pendaftaran anda berjaya, anda boleh memasang iklan di blog yang didaftarkan tersebut.

Blog yang bagus ialah blog yang isinya konsisten dan isinya original tanpa di salin daripada mana-mana artikel.

Cara mendaftar di adsense:

1. Perlu ada email daripada gmail agar mudah link dengan google adsense anda kelak
2. Biasanya proses permohonan ini mengambil masa beberapa jam hingga beberapa hari untuk diterima.
3. Sesudah diterima,pihak google adsense akan memberikan kod pengiklanan untuk dipasangkan kepada blog anda!
4. Jika permohonan anda ditolak, maka cubalah perbaikki blog anda terlebih dahulu daripada segi content dan bilangan post. Post yang terlampau sedikit memungkinkan permohonan google adsense anda ditolak.

3) Cara memasang iklan google adsense pada blog

Log in ke akaun adsense anda.

Klik pada "my ads"

Pilih "ads for content"

Buat iklan yang sesuai
Tips: buat iklan yang besar supaya mudah untuk klik iklan.

Pilih warna yang sesuai

Anda juga boleh memilih pilihan "channel" samada URL channel atau custum channel.

Selesai sahaja kerja men'setting' iklan kod iklan Javascript/ HTML akan keluar.

Copy kod tersebut dan pasangkan pada blog anda! jika tiada masalah iklan adsense akan segera caranya.

PERATURAN ADSENSE YANG PERLU DIPATUHI

Ada beberapa peraturan adsense yang perlu dipatuhi. Sekiranya gagal,adsense akan sekat akaun anda! Berhati-hati

1. Jangan klik iklan sendiri
2. Jangan memengaruhi orang agar klik iklan anda
3. Jangan pasang iklan pada blog yang tidak sah seperti 18sx, blog berunsurkan kekerasan atau hacker.

Selamat mencuba.






EmoticonEmoticon