March 27, 2018

RAHSIA KONTRAKSI SEKEJAP



Kontraksi yang sekejap adalah idaman setiap wanita yang ingin melahirkan. Bagi yang pernah mengalami pengalaman kontraksi sebelum ini, merasai kontraksi merupakan satu mimpi ngeri. Ya sakit kontraksi bukan calang-calang sakitnya.

Bagaimanapun kontraksi dan mengeluarkan bayi umpama aur dan tebing. Tak mungkin bayi dapat dikeluarkan secara normal sekiranya kontraksi tidak dirasai. Cuma, yang membezakan azab sakit itu ialah samada sakit kontraksi itu lama atau sekejap.

Bersyukurlah jika anda dikurniakan sakit kontraksi yang pendek. Ada orang yamg mengalami sakit kontraksi lebih 24 jam! Tak dapat dibayangkan betapa menderitanya sepanjang 24 jam itu.

Bagi saya, kontraksi paling lama yang pernah saya alami ialah 4 jam! yang paling terkini adalah 12 minit.

Ya saya hanya mengalami kontraksi 12 minit sahaja pada kehamilan ke-6
Hasil daripada 5 pengalaman sebelum ini saya berusaha mencari formula agar saya tidak menderita menghadapi kontraksi lebih 1 jam.

Tipsnya ialah
1. Baca surah Maryam setiap hari. Kalau tak dapat baca habis cukuplah anda ada membaca ayat dari surah tersebut setiap hari. Jangan miss.

2. Buat banyak sedekah. Paling koman pun sedekah kat kucing liar ke anjing liar ke atau semut... masa anda beri makanan tu niat supaya haiwan yang makan makanan anda mendoakan agar anda mudah bersalin.

3. Mohon doa. Mohon doa paling utama ialah pada ibu bapa atau ibu bapa  mertua dan suami. Selain itu minta doa pada sahabat handai, fb friend, tokey kedai runcit yang korang kenal, pak guard tempat kerja, nurse yg check up anda setiap bulan. Pendek kata sesiapa sahaja yang anda jumpa, baru kenal atau dah lama kenal atau tak kenal langsung. Bagi saya kalau ada orang tegur pasal mengandung... memang kena minta doalah. Anak saya yang berumur 5 tahun pun saya minta doakan!

3. Minta maaf. Minta maaf pada ibu bapa, ibu bapa mertua, suami. Kalau ada sesiapa sahaja yang korang rasa ada buat salah sila minta maaf.

4. Teknik pernafasan yang betul. Anda boleh refer post HYPNOBIRTHING TEKNIK dalam blog saya ini.

5. Hipnosis atau minda separa sedar. Buang perkataam negatif seperti sakit dan gantikan dengan perkataan positif seperti mudah. Anda boleh rujuk post dalam blog ini tentang HIPNOSIS

6. Zikir dengan yakin. Saya gunakan zikir ya latif sepanjang kontraksi. Doa nabi yunus agak panjang dan saya tak boleh fokus maknanya so saya gantikan dengan zikir yang ada 2 suku kata sahaja. Otak mudah fokus dengan perkataan 2 sukukata.

Kepada puan-puan bolehlah ambil tips saya ini jika anda rasa ianya berguna. Memang inilah saya lakukan sehingga berjaya menalami kontrakdi 12 minit sahaja sebelum bayi keluar. Tanpa minyak kelapa dara, air selusoh atau vitamin.

Kepada yang membaca artikle ini dan menunggu masa melahirkan, saya doakan anda selamat dan dipermudahkan bersalin. Ingat kita tak boleh elak sakit kontraksi tetapi kita boleh pendekkan masa kontraksi dengan izin Allah.

Amin.


EmoticonEmoticon