April 11, 2018

PENGALAMAN BERSALIN PALING MUDAH 2018

Bismillahirrahmanirrohim

Disclaimer: Coretan ini agak panjang. So perlukan ketabahan untuk baca sampai habis ya! Jika anda seorang yang takut dengan sakit bersalin, anda sesuai untuk baca coretan yang tak seberapa ini. Chewwah

Tanggal June 2017 aku merasa sesuatu yang tidak kena apabila belum lagi period. Dah seminggu periodku lewat. Rasa nak nangis sebab mengandung bukanla dalam agenda hidupku. Baju bayi semuanya telah aku buang sebab dah termaktub dalam hati nak 'tutup kilang'. Tup-tup bila aku disahkan mengandung, Allahuakbar rasanya macam langit nak runtuh sebab aku kena mengharungi sakit bersalin yang maha sakit itu. Ya aku memang gayat nak bersalin.

Bayi ku amat kuat. 5 kali bersalin sebelum ini aku akan mengalami bleeding yang agak kerap. Tapi kali ini setitis darah pun takde keluar. Allahuakbar besarnya rezeki baby ini.Kalau nak ikutkan rasanya dah cukup untuk mengalami pengalaman bersalin sebanyak 5kali. Tapi kita merancang Allah juga merancang. Perancangan Allah juga yang terbaik.

Apabila kehamilan menjelang 36 minggu aku dah mula rasa contraction yang agak kuat. Mengikut pengalaman, itu contraction yang aku alami bukanlah braxton hicks contraction tapi itulah contraction sebenar dan contraction seperti ini akan semakin kuat dalam masa satu hari sebelum melahirkan. Aku taulah beza contraction palsu dan contraction sebenar! 5 kali maaa.. Tambah lagi pernah ada pengalaman melahirkan seawal kandungan 36 minggu.

Ketakutan terhadap proses bersalin semakin menguasai diri. So mulala menangis sepanjang hari membayangkan diri terpaksa meredahi kesakitan bersalin itewww. owwhh tidakkk..Call mak pun nangis. Bermula kandungan 37 minggu hilang pulak sakit tu. Adoii... so time ni aku berazam untuk hilangkan rasa sakit bersalin dan menghadapi proses bersalin dengan penuh berani dan semangat. Cheeewahhh.

Bila google kata minyak kelapa dara boleh membantu mengurangkan sakit bersalin. Diwaktu kandungan 37 minggu di mana bersalin boleh berlaku bila-bila aku rasa tak sempat nak pakai minyak kelapa dara.

So aku cubalah cara lain. Kalau Maryam boleh bersalin bawah pokok kurma aku lagilah bersalin dekat hospital dan ada pembantu. Sejak kandungan 37 minggu tu aku amalkan
a. Baca surah maryam setiap hari. Tak dapat full satu surah dapat beberapa ayat pun jadilah
b. Zikir Ya Latif.. membayangkan otot-otot rahim melembut dan elastik semasa proses bersalin
c. Tampal kata-kata semangat. Aku berani bersalin.. Sakit is my friend sbb sakit tu la baby boleh keluar.
d. Buat teknik pernafasan yang betul. Tarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan melalui mulut. Ni gunanya masa kita sakit nanti banyak sakit dapat dikurangkan.

So itulah amalan yang aku buat sejak minggu ke37 tu. Sehingga minggu ke 40 baby tak keluar lagi. Aduhhh..  mulala risau kalau kena induce sebab overdue. Takpe aku tenang saja. Ada 2 minggu lagi pun kalau kena induce. Releks...releks...

......Sehinggalah pada kandungan yang ke40 minggu dan 1 hari. Hari tu hari Ahad. Anak-anak semua cuti. Kalau beranak adalah kakak jagakan si kecil yang berusia 2 tahun tu. Pagi-pagi aku dah mula rasa contraction. Tapi kali ni aku tak nangis dan lebil cool. Time ni aku cuma bayangkan otot-otot rahim aku elastik dan mengembang. Sambil berzikir Ya Latif..Ya Latif.. Jangkamasa kontraksi masa tu sejam-2jam. Aku masih cool lagi dan masih boleh layan anak yang berumur 2 dan 5 tahun. Nanti kalau dah sakit kuat aku dah tak dapat layan diorang lagi dahh.. uhuk uhuk sedih...

Pukul 12:30 tengahari kontraksi bersela 30 minit sekali. Aku lapar dan sempat masak kari daging untuk anak dan suami. Macammana aku boleh masak? sebab aku dah masuk fasa cool disebabkan kawalan nafas (teknik hypnobirthing). Pukul 1:30 selesai makan dengan kenyangnya. Suami dan anak-anak pun semuanya kenyang. Alhamdulillah. Kontraksi mula bersela 20 minit sekali. Siapkan beg pakaian pergi hospital.

Pukul 2:00 petang.. ajak encik suami pergi hospital. Dia menurut sahaja. Semuanya ikut aku. dia tau aku dah masuk 6 kali bersalin mesti dah expert punya. Sampai hospital pukul 2:20 petang! suami tanya nak drop kat emergency atau nak lepak dalam kereta? Aku kata lepak dalam kereta dululah... sambil turunkan seat dan dengar bacaan al-quran. Dalam kereta suami diam sebab dia tau aku tengah layan kontraksi.

Bila kontraksi dah menjadi setiap 10 minit aku kata "JOM... dah boleh serah diri". Dengan membawa buku merah dan kelengkapan bayi aku berjalan dari parking ke emergency. Dari emergency ke LR baru aku ditolak dengan troli. Sepanjang perjalanan minta doa dengan sesiapa saja yang tegur aku.

Aku diberikan katil dan diukur heart beat baby dalam setengah jam. Kontraksi masa tu konsisten 10 minit sekali. Dalam pukul 4 bila nurse dah puashati dengan bacaan jantung bayi aku dibawa ke bilik doktor untuk check bukaan rahim. Masa doktor check dah pun bukak 6 cm.

So aku disuruh masuk ke labour room. Aku minta untuk berjalan sahaja supaya bukaan lebih cepat terbuka. Bila duduk di atas katil nurse minta kebenaran untuk pecahkan air ketuban.

Allahuakbar bila rasa air ketuban panas mengalir rasa tak tertahan-tahan nak push. 12 minit baby Aqeelah dah keluar. Suami pun tak sempat dipanggil.

Baby Aqeelah keluar dengan sangat mudah. Semoga membesar menjadi anak yang soleh, dilimpahi rezeki yang banyak dan sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangnya.

Mama sayang Aqeela si pipi merah.. Hadirmu memberi seribu rahmat dan rezeki.

Aminn



EmoticonEmoticon