April 23, 2018

AMALAN RAMADHAN BUAT SURI RUMAHTANGGA, IBU MENGANDUNG DAN MENYUSUKAN

Ramadhan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap muslim. Tak kira bangsa, usia semuanya menantikan ganjaran yang amat dasyat banyaknya. Sehinggakan jika setiap kesempatan ibadah ramadhan tidak di sia-siakan, pahala yang diperolehi melebihi hayat kita sendiri.

Sebagai manusia kita mungkin sedang diuji dengan ujian seperti, sakit, kesempitan, musafir, mengandung, melahirkan dan menyusukan.



"SETIAP UJIAN ITU ADALAH DARIPADA ALLAH DAN KITA HARUSLAH BERTINDAK SECARA PRODUKTIF TERHADAP UJIAN TERSEBUT"

Jika anda mengalami situasi seperti sakit, mengandung dan menyusukan bayi, jangan bimbang!. Banyak amalan yang boleh anda lakukan. Ada hikmah mengapa anda tidak digalakkan berpuasa sepanjang ramadhan jika mengalami situasi ini.. 


Jom kita lihat apakah amalan yang boleh dilakukan ketika Ramadhan terhadap wanita hamil dan menyusukan.

1. SEMBAHYANG TERAWIH

Anda boleh berterawih sendirian di rumah. Asalkan niat anda benar-benar ikhlas melakukannya sebaik mungkin, InshaAllah akan diganjarkan sebagaimana orang yang dapat mengerjakan terawih secara berjemaah di Masjid. Lagipun orang perempuan tidak diajurkan bersembahyang di Masjid terutamanya yang sudah berkahwin.

2. MEMBACA DAN MENDENGAR BACAAN AYAT-AYAT QURAN

Membaca quran sewaktu bulan Ramadhan, tapi jika anda terlalu sibuk dengan anak-anak, memadailah mendengar bacaan ayat-ayat al-quran. Pada telefon bimbit pada masa kini telah banyak menyediakan aplikasi al-quran. Anda bolehla mendownload dan dengar bila-bila masa anda mahu.

3. BERTASBIH dan BERDOA

Bertasbih merupakan amalan mudah dan boleh dilakukan semasa membuat kerja-kerja rumah


4. MENINGKATKAN PEMAHAMAN ISLAM

Memilih siaran tv berunsur forum agama atau syarahan agama amat baik untuk meningkatkan pemahaman terhadap agama. Disamping itu juga ianya boleh meningkatkan keimanan kita juga!

5. SOLAT DUHA DAN QADA' SOLAT

Seperti yang sedia maklum, Ramadhan memberikan ganjaran berlipat-lipat kali ganda terhadap setiap ibadah dan perbuatan yang baik. Jadi inilah masa yang terbaik untuk bersembahyang dhuha dan mengqada'kan solat-solat yang telah tertinggal.

6. BANYAK BERSEDEKAH

Bersedekah amat digalakkan semasa bulan Ramadhan. Jika tidak mampu memadailah bersedekah kepada haiwan-haiwan diseliling rumah anda.

7. MELAYANI ANAK-ANAK DENGAN BAIK

Layani anak dengan baik. Memanglah keinginan buat amalan-amalan seperti membaca quran sebanyaknya, berterawih di masjid, berquiamulail menjadi idaman, tetapi jika kita melayani anak-anak dengan baik, InsyaAllah ganjaran lebih besar menanti. Bukankah setiap amalan dinilai dengan niat.

Bagi saya sendiri kerinduan yang tidak pernah pudar untuk mengerjakan solat terawih di masjid, bersolat malam, membaca al-quran. Hati meronta-ronta ingin melakukan semua itu. Tapi bila dipertanggungjawabkan untuk mengasuh anak-anak, semua itu harus dilakukan sesempat yang ada dan seminima yang ada.

Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran besar kepada  kita suri rumahtangga, mengandung atau yang sedang menyusukan


EmoticonEmoticon