May 21, 2018

KESAN BERPUASA KEPADA IBU YANG MENYUSUKAN

Menurut islam, ibu yang hamil dan menyusukan diberi kelonggaran untuk tidak melakukan ibadah puasa jika dirasakan tahap kesihatannya tidak cukup baik untuk bayi dalam kndungannya atau amaun susu yang akan dihasilkannya. Namun setiap bilangan hari puasa yang tertinggal harus digantikan dengan puasa gantian ataupun dengan cara membayar fidyah.

Bagaimana berpuasa boleh memberi kesan terhadap kualiti air susu?

 Terdapat beberapa kajian menunjukkan berpuasa dalam tempoh yang singkat tidak akan menjejaskan kuantiti air susu. Berpuasa juga tidak menjejaskan kualiti dan nutrien yang terdapat di dalam air susu sehingga pada tahap tertentu. Bagamanapun kekurangan air susu akan terjadi sekiranya pengambilan air minum tidak mencukupi.

Beberapa kajian juga menunjukkan beberapa perubahan biokimia akan berlaku ke dalam air susu pada ibu-ibu yang berpuasa melebihi 24 jam. Bagi tempoh berpuasa yang singkat seperti yang dilakukan oleh ibadah berpuasa orang islam, tiada perubahan biokimia akan berlaku dalam air susu.
Sebenarnya seseorang wanita yang menyusukan, penyesuaian proses motabolik pada tubuh si ibu secara semulajadinya akan berlaku ketika berpuasa.

Satu lagi kajian yang dilakukan pada 2006 terhadap ibu dan bayi berusia 2-6 bulan semasa Ramadhan (5:00pagi - 7:30petang) menunjukkan pertumbuhan bayi dan kandungan makronutrien dalam susu tidak terjejas. Bagaimanapun tahap nutrien tertentu seperti zink, magnesium dan potassium akan terjejas. Sebab itulah wanita yang menyusukan diberikan kelonggaran untuk tidak melakukan ibadah berpuasa ini.

Bagaimana nak mengetahui susu untuk anak mencukupi semasa ibu berpuasa?




Terdapat beberapa petanda bahawa ibu mengalami kekurangan bekalan susu untuk anaknya. Ianya ditunjukkan dengan tanda kekurangan air (dehidrasi) kekurangan air
1) Ibu merasa terlampau haus
2) Air kencing ibu bewarna kuning
3) Ibu merasa pening atau tidak sihat

Jika tanda-tanda seperti di atas berlaku, para ibu haruslah mengambil air masak yang  banyak dari selepas berbuka sehinggalah bersahur. Ketika bersahur pula dianjurkan mengambil makanan dari kategori makanan yang menyimpan air seperti buah-buahan, chia seed dan sayur-sayuran. Pengurangan makanan masin juga membantu mengurangkan kadar kehilangan air sepanjang tempoh berpuasa.

Bagaimanapun hal ini bergantungkepada ibu juga. Terdapat ibu yang meraskan penghasilan air susunya agak sedikit ketika berpuasa. Bayi menunjukkan tanda lapar sepeti kerap menangis. Maka jika keadaan ini berlaku ibu haruslah bertindak agar tidak berpuasa.

Terutama bagi bayi yang di bawah umur 6 bulan, dan bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, semua tanda-tanda kekurangan susu ini harus diambil perhatian.

Harus diingat ibu yang mengalami masalah metabolisma gula seperti diebetis dan hypoglycemia seharusnya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana tindakkan berpuasa agak berisiko untuk ibu-ibu ini.
 


1 comments so far

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon